Wednesday, January 14, 2015

Tertekan Pedal Minyak: Nenek,Cucu Terselamat



KOTA BHARU - Pantang maut sebelum ajal. Seorang nenek dan dua cucunya terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan selepas kereta jenis Kancil yang dinaiki mereka merempuh cermin bahagian hadapan berhampiran kaunter sebuah stesen minyak Kota Lama, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi kelmarin, mangsa berusia lingkungan 60-an dipercayai dalam perjalanan menghantar dua cucunya berusia enam dan tujuh tahun ke sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sireh.

Mangsa pada mulanya menunggu giliran untuk mengisi minyak kereta dan membuat pembayaran di kaunter selepas kereta di hadapannya meninggalkan stesen minyak dan secara tidak sengaja mangsa dipercayai tertekan pedal minyak.

Pemilik stesen minyak terbabit, Abdul Aziz Mahmud berkata, ketika kejadian dia tiada di premisnya itu, namun menerima panggilan dari pekerjanya dan terus bergegas ke tempat kejadian.

“Sepanjang 30 tahun mengendalikan stesen minyak ini belum pernah lagi kejadian seumpama ini berlaku.

“Memang terkejut, namun saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa, namun mengalami kerugian lebih RM10,000 atas pelbagai kerosakan dalam kedai,” katanya.

Abdul Aziz berkata, mungkin wanita itu panik sehingga menyebabkan dia tertekan pedal minyak dan keretanya meluncur laju melanggar cermin dan bahagian dalam kedai.

“Setakat ini saya masih belum membuat laporan polis namun masih memeriksa keadaan kedai dan buat anggaran kerugian yang ditanggung,” katanya. - Sinar Online

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews