Wednesday, January 14, 2015

Permohonan Skim Trade In Lupus Kereta Lama Rebat RM5,000

Permohonan skim trade in rebat tunai RM5,000 jika lupus kereta lama yang berusia lebih 10 tahun. 

Pihak kerajaan pada tahun 2015 kini tampil dengan pelaksanaan skim baharu dimana pengguna yang mempunyai kereta berusia lebih daripada 10 tahun boleh mendapatkan rebat sebanyak RM5,000 untuk membeli kereta keluaran terbaru buatan tempatan seperti Perodua dan Proton.
SKIM


Permohonan Skim Trade In Kereta Lama Rebat Tunai RM5,000
Permohonan Skim Trade In Kereta Lama dijangka akan dibuka di seluruh Malaysia bermula pada bulan Mac 2015.


Syarat Skim Trade In Kereta Lama Rebat RM5,000
  • Skim terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia
  • Kereta mestilah berusia 10 tahun dan keatas tanpa mengira jenama kereta
  • Pemohon hanya boleh dapatkan rebat RM5,000 jika trade in kereta lama kepada kereta keluaran tempatan sahaja seperti Proton dan Perodua.
  • Kereta yang ingin di “Trade In” mestilah kereta baharu keluaran jenama tempatan sahaja dan bukan kereta terpakai
  • Kereta yang terjejas teruk akibat banjir juga layak untuk skim tersebut.
Kaedah Pelaksanaan Skim Trade In Lupus Kereta Lama
Kereta akan dilupuskan sepenuhnya manakala komponen kereta-kereta yang dilupuskan akan diperbaiki semula dan mana-mana komponen yang masih boleh digunakan akan diperbaharui untuk dijadikan alat ganti baharu dengan jaminan

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews