Hari ini tersebarnya berita tentang Tuan Guru Nik abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan beliau meninggal dunia adalah tidak benar dan palsu.
Perkara ini telah bermain-main di laman sosial Facebook,Twitter dan Whatapps di mana ramai ayng berkongsikan perkara ini.
Sebentar tadi pukul 11.35 malam anak lelaki beliau Nik Abduh telah menaik berita tentang perkembangan Tuan guru Nik Aziz yang dikatakan semakin sehat.
Beliau menulis,
Perkembangan Kesihatan Ayahanda
Petang dan malam ini, ayahanda berkeadaan baik. Para doktor berusaha memastikan ayahanda minum lebih banyak untuk menambah tenaga dan garam dalam tubuh yang agak menurun.
Beliau acap kali sedar, mampu bertanya khabar. Setiap kali sedar beliau akan bertanya mengenai waktu solat dan minta diperdengarkan bacaan al Quran oleh ahli keluarga. Beliau beberapa kali menegur bacaan yang silap.
Ada antara tetamu yang hadir berpeluang berkomunikasi dengan ayahanda. Semasa saya bercakap dengannya, saya sampaikan salam daripada beberapa pemimpin parti dan negara yang menghubungi saya. Saya juga nyatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia sedang mendoakan untuk ayahanda.
Ayahanda dalam wajah ceria menjawab , "Alhamdulillah, moga kembali sihat."
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
21 Januari 2015 / 1 Rabiul Akhir 1436H
1135pm