Berita palsu terkini ribut taufan tropika Jangmi bakal melanda Malaysia pada 3 Januari 2015. Menerusi laman sosial, kini tersebar meluas mengenai ribut Jangmi yang berpusat di Filipina akan melanda terutamanya pantai timur semenangjung Malaysia serta kawasan Perairan Sabah (Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman),W.P Labuan dan Sarawak pada 3 Januari 2015. Menerusi kenyataan rasmi dari Jabatan Metereologi Malaysia pada 1 Januari 2014, ribut tropika Jangmi sudah lenyap sepenuhnya pada 31 Disember 2014 di laut sulu. Kedudukan terakhir ribut tropika Jangmi ialah di Latitud 8.9 utara dan Longitud 121.7 timur, kira-kira 527km ke Timur laut Sandakan Sabah.
Kenyataan Akhbar Ribut Tropika Tsunami Sudah Lenyap
Sumber: melvister.com