Respon ATM Mengenai Jenazah Anggota ATM Dihina | Seorang warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berkongsi beberapa gambar ketibaan jenazah Allahyarham Kpl Azman Bin Che Mat Soh di KLIA dan mempertikaikan penghormatan terakhir yang diberikan kepada Allayarham semalam.
“Macam ini pewira kami disambut. Kami tidak puas hati dengan kerajaan pewira kami disambut macam ini. Mayat dibungkus macam bungkus beras. Cuba (tengok) MH17, macam mana (layanannya). Adil ke kerajaan Malaysia layan kami warga ATM (macam ni)?” luah individu berkenaan.
Akibatnya, gambar dan luahan tidak puas hati individu terbabit menjadi viral di media sosial dan juga aplikasi pesanan ringkas seperti WhatsApp, WeChat dan sebagainya.
Namun, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ikan Sardin Makan Orang tampil memberikan penjelasannya yang disiarkan oleh page berkenaan.
ISTIADAT PENGHORMATAN TERAKHIR beliau telah dilaksanakan di Lubnan, dihadiri pasukan-pasukan pengaman sahabat yang turut ditugaskan disana. Penghormatan yg diberikan adalah penghormatan terakhir ketenteraan yang biasa dilaksanakan apabila anggota atau pegawai tewas ketika bertugas.
Pengurusan jenazah dibuat dengan baik sekali, yang mana beliau diterbangkan dari Lubnan ke Kuala Lumpur dan kemudian dibawa ke kampung halamannya untuk disemadikan.
Di KL, jenazah Allahyarham diterima dengan istiadat dan kehormatan militer yang sama. Tiada beza. Jenazah diarak dari pesawat ke kereta jenazah, dan sekali lagi di kampung halamannya dimana Allahyarham disemadikan dengan istiadat kententeraan yang gemilang.
Persoalannya, mengapakah tiada pun pihak media alternatif mewar-warkan istiadat tersebut. Mengapa sehingga artikel ini ditulis, hanya 12 share direkodkan di laman MyJointForce….sedangkan foto dan posting tanpa usul periksa mendapat capaian sehingga ribuan share?
Pihak kami sentiasa memantau, dan mewar-warkan peristiwa berkaitan pasukan keselamatan. Dan amat dukacita melihat lebih ramai masyarakat umum mempercayai kisah separuh masak, tanpa membuat usul periksa dan lantas menimbulkan fitnah.
PALING JELIK, apabila dikatakan perwira negara diberikan layanan double standard berbanding masyarakat awam yang menjadi mangsa insiden MH17…..kebangsatan apakah ini…adakah masyarakat kita terlalu bodoh sehingga tidak dapat mendapatkan analogi mudah…atau mencari maklumat sahih?
Bagaimana dikatakan layanan kelas kedua diberikan sedangkan istiadat penghormatan akhir dengan cara ketenteraan diberikan sepenuhnya?Foto sudah dikeluarkan secara rasmi…malah tersiar meluas dimedia arus perdana….
Saya benar-benar terkilan melihat laman yang disertakan oleh sahabat admin saya, komentar-komentar berbaur fitnah, komentar-komentar separuh cerdik yang mana memberikan indikasi yang masyarakat kita semakin bodoh barangkali?
Namun satu perkara yang perlu saya nyatakan, dalam maklumat salah yang tersebar masih ada sejumlah manusia yang tahu kebenaran dan kesalahan, dan saya benar-benar tabik pada sekelompok masyarakat yang memberikan pencerahan berkenaan isu yang kami nyatakan. Amat ramai wira tidak didendang yang melontarkan kritikan keras atas siaran maklumat separuh rebus, dimana foto-foto istiadat yang berlangsung mula tersebar dan dikongsi seluruhnya…
Salutation kepada masyarakat awam tersebut dan kepada mereka-mereka yang menjadi zomba otak separuh yang tanpa usul periksa maklumat yang disebarkan….berhenti..tarik nafas dan fikir dahulu adakah maklumat yang disiarkan benar…..sebelum menekan butang share itu…kerana secara tidak langsung hari ini sejumlah 1715 orang menjadi pemfitnah kepada Allahyarham…sia-sia dapat dosa kering kan
Kepada pengurus page tersebut, kata dua telah diberikan dan tanggungjawab sebagai admin memerlukan kita bertanggungjawab dalam menyiarkan satu2 perkara, mengenal pasti kesahihah dan tidak mengamalkan sikap pilih kasih…
Kepada keluarga,sahabat handai dan warga kerja pasukan GGK seluruhnya yang mengenali,bertugas dan bersama-sama Allahyarham semasa hidup dan sihatnya beliau, kami mengucapkan takziah dan mendoakan beliau ditempatkan dikalangan orang soleh dan mendapat syahid yang dijanjikan…
Kepada seluruh masyarakat umum, fikir sejenak sebelum menyebarkan satu-satu siaran yang tidak diketahui kesahihannya…fikir sebelum bertindak dan jangan jadi buta kayu umpama solat rakaat ketiga tapi sangka rakaat keempat