Berita harga terkini minyak petrol RON95 RON97 dan Diesel mulai 1 Jun 2016. Harga pasaran minyak mentah dunia menyaksikan purata kenaikan yang mendadak sebanyak 20 peratus di sepanjang bulan Mei 2016. Bagaimanapun, kerajaan secara rasminya telah mengumumkan harga RON95, RON97 dan Diesel kekal dan tidak berubah berkuatkuasa mulai 1 Jun 2016. Pengumuman harga rasmi bagi ketiga-tiga bahan api itu telah diumumkan menerusi pekeliling yang diedarkan di stesen minyak tempatan selepas pada jam 8.00 malam Selasa 31 Mei 2016. Ini bermakna harga RON95 kekal pada paras semasa RM1.70 seliter manakala RON97 kekal RM2.05 seliter termasuk GST dan Diesel kekal RM1.55 sen seliter berkuatkuasa mulai jam 12.01 pagi 1 Jun 2016.
Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Jun 2016 (Rasmi)
- RON95: RM1.70 (Kekal)
- RON97: RM2.05 Seliter Termasuk GST (Kekal)
- Diesel: RM1.55 Seliter (Kekal)
Pengumuman Rasmi: Harga minyak RON95, RON97 dan Diesel kekal dan tidak berubah seperti bulan sebelumnya. Meskipun harga minyak mentah dunia naik sebanyak 20 peratus, kerajaan tetap melaksanakan tiada kenaikan bagi RON95, RON97 dan Diesel berkuatkuasa mulau Jun 2016.
Harga Terdahulu RON95 RON97 & Diesel Sepanjang Tahun 2016
Mei 2016
- RON95: RM1.70 Seliter (Kekal)
- RON97: RM2.05 Seliter Termasuk GST (Kekal)
- Diesel: RM1.55 Seliter (Kekal)
April 2016
- RON95: RM1.70 Seliter
- RON97: RM2.05 Seliter Termasuk GST
- Diesel: RM1.55 Seliter
Mac 2016
- RON95: RM1.60/ liter
- RON97: RM1.95/ liter termasuk GST
- Diesel: RM1.35/ Liter
Februari 2016
- RON95: RM 1.75 sen seliter
- RON97: RM 2.05 sen seliter termasuk GST
- Diesel: RM1.35 sen Seliter
Januari 2016
- RON95: RM 1.85 sen seliter
- RON97: RM 2.25 sen seliter termasuk GST
- Diesel: RM1.60 sen Seliter
Sumber: melvister.com