Thursday, January 8, 2015

Zizan Jelaskan Punca Perpisahannya Dengan Emma Maembong



KUALA LUMPUR 8 Jan. - Zizan hari ini menjelaskan punca kenapa Emma meminta agar perhubungan antara mereka diputuskan.

Menurut Zizan, hasratnya untuk membebli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi menjadi punca percintaannya dengan Emma Maembong putus.

Zizan mengakui berlaku pergaduhan antara mereka berdua setelah Emma tidak bersetuju dengan hasrat Zizan itu.

Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir.

Malah, hajat saya juga ditentang oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami,” katanya memetik laporan dari Utusan Malaysia.

Emma Maembong baru-baru ini mengesahkan ura-ura yang mengatakan dia dan Zizan sudah putus melalui sebuah akhbar tempatan.

Dalam kenyataannya juga, Zizan menyangkal dakwaan Emma mahu mengikis hartanya.

Tentang tohmahan yang kata Emma nak kikis duit saya itu memang saya nafikan. Ia sesuatu yang tidak betul sama sekali,” katanya.

Ketika ditanya tentang perasaannya terhadap Emma Maembong, Zizan berkata dia masih lagi mencintainya dan berharap agar dia dan Emma dapat kembali mesra seperti dahulu

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews