Wednesday, January 14, 2015

Semakan keputusan status permohonan br1m 2015

keputusan br1m 2015
Pemohon baru dan penerima sedia ada boleh membuat semakan status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 secara online bagi mengetahui sama ada permohonan yang dibuat telah diluluskan atau berjaya
Bagaimanapun keputusan status permohonan tersebut mungkin mengambil sedikit masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dari agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 4.0
Anda boleh membuat semakan tersebut secara atas talian (online) dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut
1. Layari sistem semakan status permohonan e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s
keputusan br1m 2015 4.0 1
2. Sila masukkan atau lengkapkan No. Mykad anda di ruang yang tersedia
3. Klik pada butang Semakan Status Permohonan
Sebelum berjaya mengakses sepenuhnya aplikasi sistem semakan online anda diminta untuk menjawab soalan keselamatan contohnya seperti pada lampiran
keputusan br1m 2015 4.0 2
SOALAN KESELAMATAN
  1. Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat semakan status
  2. Soalan keselamatan dan jawapan soalan keselamatan adalah berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon
  3. Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan
  4. Jika jawapan yang diberikan masih salah, peringatan berikut akan dipaparkan
  5. Contoh soalan keselamatan
Setelah berjaya melepasi peringkat ini, status permohonan anda akan diberitahu dan dipaparkan selain boleh mencetak lampiran tersebut

Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan
Sila bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan
Talian Bantuan
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel kebr1m@treasury.gov.my

SOALAN LAZIMJAWAPAN
Selepas saya membuat semakan , saya mendapati status permohonan saya ‘Dalam Proses’
  1. Status ‘Dalam Proses’ menunjukkan permohonan atau kemaskini maklumat anda masih dalam peringkat semakan dengan agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia
  2. Proses ini dilakukan secara berperingkat sehingga tamat tarikh tutup BR1M iaitu pada 31 Januari 2015 atau dalam tempoh masa tertentu
  3. Sila membuat semakan dari masa ke semasa untuk status terkini
Status Permohonan Saya DiterimaStatus tersebut menunjukkan permohonan anda diluluskan
Saya ingin membuat semakan tetapi data menunjukkan no Mykad tidak wujud walaupun sebelum ini saya telah melengkapkan dan menghantar permohonanJika anda mengalami situasi ini, anda perlu berhubung terus kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan dan nyatakan masalah anda
Permohonan saya diterima atau diluluskan. Bila saya akan dapat duit BR1M
  1. Bagi kategori bujang ia akan dibayar sekaligus mulai 15 Januari 2015
  2. Kategori isirumah akan dibayar tiga kali setahun
    Sila rujuk: Bila Dapat Duit BR1M 2015
Kenapa rakan, saudara mara saya sudah dapat duit BR1M tetapi saya belum lagi, permohonan saya sudah disahkan diluluskan
  1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat, sila nantikan giliran pembayaran untuk anda
  2. Maklumat Lanjut Sila Rujuk:Kerajaan akan memastikan penerima dari negeri yang dilanda banjir akan diberi keutamaan
Cara pembayaran diterima?
  1. Duit BR1M akan disalurkan terus ke akaun bank anda, jika anda memberikan maklumat no akaun semasa membuat permohonan atau kemaskini
  2. Manakala sebahagian kecil penerima yang belum memiliki akaun bank akan menerima BR1M dalam bentuk baucar dari 17 Januari hingga 31 Mac
Boleh saya tahu punca permohonan saya gagalAnda boleh rujuk kepada: Antara Sebab Dan Punca Permohonan BR1M Gagal
Bolehkah saya membuat rayuan selepas permohanan saya disahkan gagal atau ditolakBerkenaan perkara ini, nantikan pengumuman lanjut daripada kerajaan yang akan dihebahkan oleh media rasmi (media arus perdana)
Adakah surat pemberitahuan status permohonan akan dihantar ke alamat pemohon atau penerimaYa, pemohon atau penerima turut dimaklumkan mengenai status dan maklumat lengkap BR1M menerusi surat pemberitahuan yang akan dihantar ke alamat yang ada dalam rekod data
Bagaimana waris boleh membuat tuntutan Skim Khairat Kematian untuk BR1M 2015 dan apakah prosedur dan dokumen yang diperlukanMaklumat lanjut sila rujuk: Cara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2015
Saya memerlukan keterangan lanjut sebab info-info yang dinyatakan tiada kaitan langsung dengan masalah BR1M sayaAnda disarankan menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun terus ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews