Wednesday, January 7, 2015

QZ8501: Ekor pesawat terputus dua bahagian


Dua penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang turun dari Kapal MGS GeoSurvey
untuk memeriksa hasil penemuan sonar kapal berkenaan mendapati ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dalam keadaan hancur dan terputus dua.

Penyelam berkenaan Major Sersan Dovlen berkata, sebaik mengikat ekor pesawat
berkenaan didapati beberapa tali pinggang keselamatan jatuh ketika diangkat.

“Sebaik sonar kami mengesan sesuatu, saya dan rakan turun untuk memeriksa objek itu
 dan didapati tulisan 'IAA' warna merah kelihatan dan kedudukan ekor pesawat sudah
terputus dua,” katanya yang menyelam hingga kedalaman 35 meter di atas permukaan
 laut.

Sebelum itu, bahagian ekor pesawat disahkan ditemui menerusi teknologi imbasan sonar
yang dilengkapi pada Kapal MGS GeoSurvey, pagi tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes turut mengesahkan jika
 bahagian ekor sebelah kanan ditemui di situlah terletak bahagian sebenar kotak hitam
 pesawat berkenaan.

Berikut adalah kronologi penemuan itu seperti yang dimaklumkan Agensi Badan Mencari
dan Menyelamat Nasional (BASARNAS):
5 pagi WIB:
Pasukan GeoSurvey melaporkan penemuan objek dengan dimensi panjang 10 meter
, lebar lima meter serta tiga meter tinggi yang diperoleh menerusi imbasan sonar.

8 pagi WIB:
Alat pengesan bunyi iaitu 'multibeam echo sounder' yang berkeupayaan menentukan
 kedalaman laut dilepaskan ke dasar, menemui bahagian berbentuk segitiga pada
kedudukan menjunam ke dasar laut.
10 pagi WIB:
Objek itu seterusnya disahkan menggunakan alat ROV (Remotely Operated Vehicles),
robot yang boleh menyelam ke dalam air.
11 pagi WIB:
Anggota penyelam turun ke dasar laut untuk mengesahkan penemuan itu. Objek itu
tertera tulisan 'AX' dan 'Air' dan disahkan ia adalah ekor pesawat. - Detik.com







Sumber :http://www.hmetro.com.my/node/22191#

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews