Wednesday, January 7, 2015

Mayat Ditepi Semak





Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui di tepi semak berhampiran gaung 
di Cheng Perdana di sini, pagi tadi.
Mayat mangsa berusia lingkungan 30-an itu ditemui pada 9.30 pagi oleh orang ramai yang
 menghubungi polis.
Mangsa belum dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri
ditemui bersamanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah
 berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai dipukul di kepala selain ditikam
 beberapa kali di belakang badan.

"Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain dalam tempoh kurang daripada 24 jam lalu
sebelum mayatnya dibawa ke situ.

"Mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Kes ini diklasifikasikan sebagai
 bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya di sini, hari ini.


Sumber:http://www.hmetro.com.my/

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews