Asus Zenfone 2, siri Zenfone 4,5 dan 6 sebelum ini mendapat sambutan hangat pengguna di Malaysia.Kami tidak jangka Asus akan memperkenalkan generasi baru Zenfone mereka dengan spesifikasi yang ditambah baik dari segala aspek. Dilengkapi dengan spesifikasi tinggi, Asus Zenfone masih mengekalkan cip pemprosesan Intel® Atom™ namun versi yang lebih baik.
Terdapat dua model Zenfone 2 yang diperkenalkan hari ini yang berbeza dari segi saiz ram yang digunakan. Siri Zenfone sememangnya terkenal hadir dengan beberapa model yang sama namun berbeza spesifikasi.
Berikut merupakan spesifikasi yang ada pada Zenfone 2 kali ini :
Paparan Skrin | 5.5-inch IPS (1920 x 1080). Corning® Gorilla® Glass 3. |
Processor | 64-bit Quad Core Intel® Atom™ (1.8GHz) Z3560/ (2.3GHz) Z3580 processor. |
RAM | 2GB atau 4GB. |
Saiz Memori | 16GB/32GB/64GB, microSD card slot 64GB. |
Kamera | Kamera utama : 13MP, f/2.0-aperture, 5-element, auto-focus lens with dual-color Real Tone flash. Kamera hadapan: 5MP, f/2.0-aperture, wide-angle 85-degree lens with Selfie Panorama. |
Bateri | 3000mAh lithium-polymer dengan teknologi pengecasan pantas. |
Connectivity | 802.11ac, Wi-Fi Direct, Bluetooth 4.0, NFC, GPS |
Networks | GSM, 3G, 4G LTE |
Versi Android | Android 5.0 Lollipop + Zen UI |
Dimensi Hardware | 152.5 x 77.2 x 10.9-3.9mm, 170g |
Asus Zenfone 2 hadir dengan rekaan baru, bezel tepi yang sangat nipis (sekitar 3.3mm). Masih mengekalkan teknologi PixelMaster pada kamera telefon pintar tersebut, Zenfone 2 seperti siri Zenfone sebelum ini berkebolehan mengambil gambar dengan kualiti terbaik dalam keadaan kurang pencahayaan.
PixelMaster dengan Low light Mode mengggunakan teknologi “pixel-merging” yang mampu menghasilkan gambar pada waktu malam, 400% lebih cerah tanpa perlu kepada bantuan flash.
Menyentuh mengenai soal harga, Asus Zenfone 2 dengan spesifikasi 1.8GHz Quad Core Intel® Atom™ Z3560 dan 2GB ram akan mula dipasarkan pada harga sekitar $199 (RM700+-) . Tarikh jualan dan pelancaran rasmi terutama di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.
(sumber)