Kini, terdapat satu aplikasi iPhone yang membolehkan mereka yang cacat penglihatan 'melihat'. Aplikasi yang diberi nama 'Be My Eyes' itu bukannya memulihkan pandangan mereka, tetapi membolehkan sukarelawan membantu mereka yang cacat penglihatan 'melihat' melalui video chat.
Konsep yang digunakan oleh aplikasi ini sangat mudah. Apabila seseorang yang cacat penglihatan memerlukan pertolongan, sebagai contoh, ingin melihat tarikh luput makanan atau mahu melintas jalan, dia akan menekan pada skrin untuk mendapatkan bantuan sukarelawan yang turut menggunakan aplikasi tersebut.
Sekiranya ada sukarelawan yang menjawab permintaan itu, kamera akan dibuka dan peminta bantuan perlu menyasarkan kamera belakangnya kepada masalah yang ingin diselesaikan dan ia akan diselesaikan melalui perbicaraan video chat tersebut.
Kini, aplikasi tersebut sudah mempunyai 13,000 sukarelawan yang mendaftar dan sehingga kini, 1,145 orang cacat penglihatan telah berjaya dibantu. Diharap aplikasi ini turut dikembangkan hingga ke Malaysia supaya dapat sedikit sebanyak membantu golongan ini yang berada di Malaysia