Monday, January 12, 2015

57 penumpang bas rentung

Sekurang-kurangnya 57 orang termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tangki minyak, menyebabkan kebakaran besar di selatan Pakistan, awal semalam.
Pihak berkuasa berkata, kebanyakan mayat rentung hingga sukar dikenali dan angka kematian mungkin meningkat.
Menurut laporan awal, kemalangan berlaku disebabkan lori berkenaan dipandu arah bertentangan.
“Kami menerima kira-kira 57 mayat, tetapi angka kematian mungkin meningkat kerana kebanyakannya rentung dan bercantum antara satu sama lain,” kata Doktor Semi Jamali dari Hospital Jinnah, Karachi.
Katanya, mayat sekurang-kurangnya enam kanak-kanak melekat pada wanita yang mungkin ibu mereka.

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews