Monday, June 18, 2012

Kenapa kucing Memakan Rumput?



Kenapa kucing Memakan Rumput? Kucing adalah haiwan yang pembersih, jadi mereka selalu berusaha membersihkan bulunya setiap waktu dengan menjilat bulunya. Disebabkan permukaan lidah kucing yang kasar, banyak bulu yang mati atau gugur tersangkut pada lidah.

Kucing yang bebas bermain diluar biasanya mengambil kesempatan ini untuk memakan rumput supaya dapat memuntahkan bulu tersebut yang dikenali “hairball”


Jika korang memelihara kucing di dalam rumah, sebaiknya korang menanam rumput didalam pasu supaya kucing korang boleh makan dan memuntahkan hairball tersebut. Jika tiada rumput, kucing ini akan memakan tanaman lain yang mungkin merbahaya kepada mereka kerana sesetengah tumbuhan beracun kepada kucing.



Jadi, untuk menghindari hairball sebaiknya sikat bulu kucing korang, (boleh beli di petshop)bagi mengurangkan kuantiti bulu gugur yang ditelan.


Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews