Friday, February 17, 2012

Ikan Piranha Ditemui Di Sungai Britain


Seekor ikan piranha ditemui oleh seorang pekerja alam sekitar, Eddie Stevens di sebatang sungai di Devon, Britain, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Stevens berkata: "Pada mulanya kami berpendapat terdapat ikan air tawar yang berada di celah batu dan sampah di bawah tebing sungai.

"Namun, apabila batu dan sampah itu dialihkan, kami tidak dapat mengungkapkan sepatah pun perkataan apabila mendapati ia ialah ikan piranha."

Ikan piranha itu sepanjang 35.56 sentimeter dan ia lebih panjang berbanding spesies sama yang pada puratanya 20.32 sentimeter panjang.

Piranha dianggap sebagai ikan air tawar paling bahaya di dunia kerana ia mempunyai gigi tajam yang boleh memakan haiwan dalam tempoh beberapa minit.

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews