Adele Williams, hakim Mahkamah Canterbury Crown, mengatakan Woolridge bakal dikenakan hukuman maksimum 16 bulan penjara untuk tiga kesalahan. Woolridge dikenakan tuduhan melakukan dua hubungan seks dengan haiwan dan dengan seorang bayi.
Wanita 45 tahun itu mengaku bersalah atas dua tuduhan berhubungan seks dengan haiwan. Namun dia membantah membuat hubungan seks dengan seorang anak. Di Mahkamah itu, seorang lagi suspek lain bernama Gary Underhill, 35 tahun, dari Canterbury duduk di samping Woolridge.
Mahkamah mendengar hujah yang mengatakan bahawa pihak polis menemui gambar dan filem yang diharamkan di rumah Underhill. Bermula dari situlah kemudian pihak polis menggeledah seluruh rumah Woolridge. Underhill mengaku bersalah atas seluruh 10 pertuduhan yang dihadapkan. Dia juga mengaku mengambil lebih dari 200 gambar tidak senonoh terhadap bayi-bayi.
Underhill juga mengaku bersalah atas tujuh tuduhan memiliki gambar lucah yang melibatkan haiwan. Selain itu, dia juga mengakui tiga dakwaan membantu dan bersekongkol dengan Woolridge untuk melakukan hubungan seks dengan seorang bayi dan haiwan.
Woolridge, yang pada awalnya membantah tuduhan membuat hubungan seks dengan seorang bayi, akhirnya mengaku bersalah