Thursday, December 8, 2011

Merebus Telur Menggunakan Air Kencing

Telur akan direbus menggunakan air kencing kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun kerana air kencing mereka lebih bersih berbanding air kencing orang dewasa.







Urmmmm... Nampak sedap...


Pernah dengar tentang Virgin Eggs? Kalau nak tahu, ianya merupakan telur rebus yang dimasak menggunakan air kencing, dan kononnya mempunyai pelbagai khasiat! Namun, bukan sebarang air kencing yang digunakan tau, mesti air kencing kanak-kanak lelaki yang belum baligh!

‘Makanan unik’ ini kononnya adalah makanan tradisi turun-temurun masyarakat di pekan Dongyang, China. Ianya dikatakan sudah mula dihasilkan di pekan tersebut sejak tahu 1800-an lagi. Malah, telah diiktiraf sebagai warisan rasmi pekan itu.

Beberapa komen yang diberikan terhadap telur itu adalah, walaupun ianya mempunyai bau yang busuk (memanglah, nama pun air kencing), tapi ianya mempunyai rasa enak. Sehinggakan ada yang mampu jadi ketagih dengan telur ini. Amboi, sedap sangat tu.



Pemakan telur rebus kencing ni juga mendakwa pemakanan telur ini mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Katanya, ianya baik untuk pengaliran darah, dan juga mengurangkan suhu badan pada ketika cuaca panas.





Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews