Seorang lelaki dan seorang pendeta telah ditahan kerana menyebabkan kematian seorang gadis berumur 13 tahun bernama Tomomi Maishigi. Tomomi merupakan anak perempuan kandung Atsushi Maishigi, 50 tahun.
MANGSA
"Aksi kami bertujuan untuk mengusir syaitan dari anak itu dan kami tidak menyeksa fizikal mangsa," kata Atsuhi kepada peguam.
Perbuatan dua orang lelaki ini terjadi di Kuil Nagasu pada 27 September sekitar pukul 21.10 waktu tempatan. Ayah Tomomi menuang air dari ketinggian 2.5 meter dan menyebut ritual ini "Pensucian oleh Air." Tapi bukannya merasa suci, Tomomi terus tidak sedarkan diri.Ibu Tomomi kemudian memanggil ambulans ketika mengetahui anaknya tidak sedarkan diri. Tapi ternyata sudah terlambat. Tomomi meninggal dunia keesokan harinya pada pukul 3.40 pagi. "Penyebab kematiannya adalah sesak nafas," kata pihak polis.
Kedua orang tua membawa Tomomi ke kuil kerana perubatan moden tidak mampu mengubatnya setelah berkali mencuba. Tomomi yang menderita penyakit mental dan fizikal dalam beberapa tahun terakhir ternyata tidak boleh sembuh apabila dibawa untuk rawatan doktor.
Walaupun sami di kuil menyatakan jiwa Tomomi sudah dikuasai syaitan, Kazuaki pula mengatakan Tomomi boleh sembuh jika jiwanya dibersihkan dengan air terjun itu. Tomomi sudah menjalani program "Pelayanan Air Terjun" sekitar 100 kali sebelum meninggal dunia. Ternyata pendeta juga banyak menipu dalam bicaranya.