CREMONA - Seorang lelaki terpaksa ditahan kerana polis menemukan buaya langka yang tinggal di dalam bilik mandi lelaki itu.
Fabio Lazelli terpaksa dipenjara ketika polis menemukan buaya asal Cuba di apartmentnya yang terletak di Cremona, Itali.
"Polis meminta masuk ke dalam flat milik Fabio dan ketika mereka masuk, mereka menjumpai ada buaya yang berenang di tab mandi," ujar tetangga Fabio, seperti dikutip Orange, Khamis (10/11/2011).
Buaya Cuba berusia tiga tahun merupakan haiwan langka yang hampir punah di muka bumi ini. Haiwan itu pun dikhabarkan dapat membesar hingga mencapai 2,7 meter. Salah seorang ahli haiwan mengatakan buaya Cuba merupakan buaya paling pintar dan juga agresif.
Fabio pun akhirnya didenda GBP70.000 kerana menyeludupkan haiwan langka. Fabio diduga membawa buaya itu saat masih berupa telur dan membiakkannya di flatnya sendiri.
Petugas margastua saat ini berupaya untuk memindahkan reptil itu ke sebuah taman konservasi di Roma, Itali.
"Fabio mungkin beruntung kerana kami sudah menangkapnya. Haiwan ini merupakan haiwan paling agresif dan pintar serta lincah. Saat buaya itu tumbuh dewasa, buaya itu akan menjadi haiwan yang berbahaya," ujar petugas marga stua.(rhs)
sumber : http://international.okezone.com