Thursday, December 29, 2011

Kerana Muka Seperti Syaitan, Lelaki Ini Dilarang Keluar Rumah Waktu Malam

Seorang penduduk di Kampung Seasalter, Kent, Britain iaitu Gavin Paslow dilarang keluar rumah pada waktu malam oleh pihak berkuasa.

Kesalahan yang dilakukannya ialah dia menjalani pembedahan bagi membolehkan wajahnya kelihatan seperti syaitan dengan menggunakan wang bantuan sara hidup dan perumahan berjumlah £3,552 (RM20,861).

Paslow yang berumur 39 tahun dikenakan perintah berkurung dari pukul 5 petang hingga 5 pagi di rumahnya dan dia perlu memakai teg elektrik supaya pihak berkuasa boleh mengesan pergerakannya.

Dia menjalani pembedahan supaya dua tanduk terdapat di dahinya manakala lidahnya kelihatan seperti bercabang dua.
Paslow mengaku di sebuah mahkamah majistret melakukan tujuh kesalahan penipuan sara hidup bagi membiayai pembedahan itu.

"Ia merupakan kesilapan bodoh. Saya meminta maaf. Saya berasa amat kesal," katanya yang merupakan duda dua anak.

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews