Menurut kepercayaan masyarakat Barat, Vampire adalah mayat yang 'tidak mati' (undead).
Ia akan bangkit dari kubur pada waktu malam serta menghisap darah manusia untuk terus hidup dan harus kembali ke kubur sebelum subuh.
Orang yang disisihkan, anak-anak yang disumpah, penjahat, bayi yang lahir dengan gigi siung, penyihir, pengamal ilmu hitam dan anak lelaki ke 7 dari anak yang ke 7 adalah di antara individu yang boleh menjadi Vampire.
Pelbagai kaedah yang digunakan untuk mengelakkan ancaman Vampire. Salah satunya adalah membunuh Vampire dengan menikam jantungnya menggunakan Kayu Aspen pada waktu siang. Mayat-mayat orang yang disyaki akan bertukar menjadi Vampire, ditikam jantungnya dengan Kayu Aspen bagi mencegahnya. Namun, amalan ini telah diharamkan pada tahun 1823.
Di Romania, besi panas yang merah membara sering digunakan untuk membunuh Vampire. Tubuh Vampire kemudiannya akan dibakar atau dikebumikan semula di tengah-tengah pertemuan jalan yang bersimpang 4 (crossroads)
Masyarakat Eropah Timur, yakin bahawa Vampire takut kepada bawang putih. Mereka akan menggosok haiwan-haiwan ternakan dengan bawang putih untuk melindungi mereka daripada Vampire. Bawang putih juga akan digantung di pintu rumah dan tingkap-tingkap untuk menghalang Vampire. Malah, sesiapa yang tidak suka kepada bawang putih juga akan disyaki sebagai Vampire.
Selain bawang putih, duri mawar liar juga dipercayai dapat menghalau Vampire. Sifat semulajadi Vampire dikatakan suka mengira sesuatu. Oleh itu, benih poppy disemai sekitar tanah perkuburan supaya apabila Vampire bangkit daripada kubur, ia akan menghitungnya sepanjang malam hinggalah ia terpaksa kembali semula ke kuburnya apabila waktu Subuh. (Teori ini hampir sama dengan penggunaan kacang hijau untuk Toyol)
Vampire juga dipercayai tidak suka kepada cermin dan perak. Lambang bersilang yang diperbuat daripada perak atau cermin akan diletakkan dalam rumah sebagai perlindungan.
Friday, December 9, 2011
Jantung Vampire Tahun 1912
Jantung Vampire Tahun 1912
2011-12-09T15:50:00-08:00
Unknown
seram|