Mungkin ada yang berpendapat bahawa perkara ini seolah benda mainan serta bahan lawak. Di negara Iran yang mana undang-undang yang diterapkan adalah undang-undang islam, seorang gadis tidak boleh dihukum mati jika masih lagi berstatus dara.
Maka untuk penyelesaian supaya hukuman mati tetap boleh dijalankan, peliknya kerajaan Iran membuat peraturan untuk menghalalkan hukuman mati tersebut dengan cara si gadis dipaksa untuk berkahwin kepada seorang lelaki. Dengan demikian gadis itu pun boleh dihukum mati.
Dan seperti itulah yang berlaku di Tehran, Iran pada seorang gadis yang masih lagi dara dan berumur 18 tahun.Dia dipaksa mengahwini seorang lelaki muda untuk menghalalkan hukuman mati terhadap gadis tersebut.
“Saya menyesal telah melakukannya (hubungan badan) walaupun sebenarnya itu legal. Lelaki muda itu menceritakan bahawa tidak akan pernah melupakan saat-saat ketika malam menjelang pelaksanaan hukuman mati isterinya. “Saya selalu mengingati saat dia menangis selepas hubungan badan itu selesai,” ujarnya.
“Dan saya tidak akan pernah lupa ketika dia mencakar-cakar wajahnya dengan kukunya sendiri sehingga menyebabkan luka dan tercalar,” ceritanya sedih.