Thursday, February 21, 2019

Pembunuhan Altantuya tak dianggap jenayah politik walau diarah kerajaan




Bekas komando polis Sirul Azhar Umar tidak boleh dianggap terlibat jenayah politik meskipun beliau mendapat arahan kerajaan Malaysia membunuh Altantuya Shaariibuu pada 2006, kata Timbalan Presiden Tribunal Rayuan Pentadbiran Australia Brian Rayment.
Definisi kesalahan Sirul penting bagi menentukan keputusan rayuannya untuk mendapatkan suaka politik daripada kerajaan Australia.
Rayment, dalam keputusannya berkata, pemohon telah mengaku dia diarahkan untuk membunuh Altantuya atas alasan warga Mongolia itu merupakan "perisik Rusia".
"Bukti yang tidak dapat disahkan yang diberikan pemohon bahawa arahan diberikan kepadanya untuk membunuh perisik Rusia tidak meyakinkan saya kerana arahan diberikan kepadanya dengan alasan seperti itu, atau dia bertindak atas apa-apa alasan seumpama itu," katanya.
Memetik kes undang-undang, Rayment berkata tiada satu pun yang mencadangkan pembunuhan atas arahan kerajaan boleh dikategorikan sebagai jenayah politik.
Maka, katanya, meskipun Sirul menerima arahan daripada kerajaan untuk membunuh Altantuya, ia tidak boleh dianggap sebagai jenayah politik.
Justeru, Rayment dalam keputusannya Isnin lalu menolak rayuan permohonan Sirul untuk suaka politik.
Sirul dan rakan setugasnya Azilah Hadri dituduh membunuh Altantuya dan meletupkan mayat warga Mongolia itu dengan bahan letupan gred tentera.
Kedua-dua mereka pernah menjadi pengawal peribadi kepada Najib Razak yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri.
Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 2015 menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan kedua-dua mereka, dan seterusnya menjatuhkan hukuman gantung.

Bagaimanapun, Sirul yang bebas ketika proses rayuan kes berkenaan telah melarikan diri ke Australia dan mendapat suaka politik.
Meskipun dengan penolakan suaka oleh kerajaan Australia, Sirul tidak akan dihantar ke Malaysia sehingga kerajaan Malaysia mengenepikan hukuman mati ke atasnya kerana kerajaan Australia tidak mengiktiraf hukuman mati.

'Datuk Gong di surau dicuri dari rumah berdekatan'



Polis menerima laporan daripada seorang individu 50 tahun mendakwa berhala Taoisme Datuk Gong kepunyaannya hilang.
Laporan itu dibuat pada masa hampir sama dengan kekecohan isu Datuk Gong ditemui di sebuah surau, tidak jauh dari rumahnya.
“Kali terakhir pengadu lihat berhala itu kira-kira jam 4 petang semalam selepas dia membersihkan.
“Jarak dari rumah pengadu ke surau kira-kira 50 meter,” kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli.





Menurut laporan polis, berhala yang bernilai kira-kira RM300 diletakkan di luar rumahnya, dekat dengan pintu depan yang tidak berkunci.

Penduduk Taman Pendamar Indah, di Pelabuhan Klang sebelum ini dikejutkan dengan penemuan berhala itu yang didakwa seolah-olah menghina ajaran Islam.
Ia diletakkan bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda petang semalam oleh pihak yang belum dikenal pasti.
Sementara itu, polis berkata mereka menyiasat perbuatan itu bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan, berkaitan perbuatan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat mencemarkan sesuatu agama.

Monday, February 18, 2019

Insiden Kuil: Ada Lebam, Kesan Tapak Kasut Pada Rusuk Kanan Adib – Saksi



Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim diberitahu terdapat kesan lebam pada rusuk kanan anggota bomba itu selain kesan tapak kasut di bahagian sama.
Anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) R. Narresh, 30, berkata kesan lebam itu dilihat pada bahagian luar rusuk kanan anggota itu kerana ada tanda kemerahan di bahagian sama.
“Bila tengok merah, saya ingat ada pendarahan dan saya terus bersiap sedia dengan mengambil baju anggota bomba untuk diikat pada badannya.
“Saya juga nampak ada kesan garisan tapak kasut pada rusuk kanan (Muhammad Adib). Saya kemudian lap dan ianya (kesan tapak kasut) hilang,” katanya ketika menjawab pertanyaan pegawai pengendali Hamdan Hamzah di hadapan Koroner Rofiah Mohamad di sini hari ini.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lepas.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN). – Bernama

Wanita Disamun Dalam Lif MRT Taman Mutiara



KUALA LUMPUR,16 Feb (Bernama) — Seorang wanita berusia 48 tahun ditumbuk serta ditendang beberapa kali dalam kejadian samun di dalam lif di MRT Taman Mutiara, Cheras di sini, Khamis lepas.
Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, suspek warga tempatan mengekori mangsa yang menaiki lif seorang diri sebelum bertindak menyerang serta melarikan barang milik mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata mangsa mengalami kecederaan bengkak di dahi serta beberapa bahagian badan.
“Barangan milik mangsa yang hilang dalam kejadian itu adalah kad pengenalan, kad bank serta wang tunai RM400.
“Polis telah merakam percakapan tiga saksi bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rusdi berkata, usaha mengesan suspek sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ketika melakukan samun yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.
Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) berdurasi 57 saat memaparkan tindakan suspek memukul mangsa tanpa belas kasihan di dalam lif tular dalam laman sosial hari ini.
Sumber: BERNAMA

Mayat Gadis Hilang 18 Tahun Lalu Ditemui Dalam Peti Sejuk Kakak Kandungnya



Misteri kehilangan seorang gadis di Croatia 18 tahun lalu mungkin menemui jalan penyelesaiannya dengan penemuan satu mayat di dalam peti sejuk dekat kediaman milik kakak kandung mangsa.
Mayat Jasmina Dominic yang berusia 23 tahun sewaktu hilang ditemui dalam sebuah peti sejuk beku di Mala Subotica, Croatia.
Mangsa yang merupakan seorang pelajar ketika itu hilang pada tahun 2000 namun keluarganya melaporkan kehilangan itu kepada pihak polis lima tahun kemudian iaitu pada 2005.
Menurut laporan media tempatan, kakak kepada mangsa diberkas selepas polis menggeledah rumahnya dan menjumpai mayat beku di dalam peti sejuk miliknya.
“Kemungkinan besar mayat yang dijumpai itu milik gadis yang dilaporkan hilang sekitar 16 Ogos 2005,” ujar pegawai polis, Nenad Risak.
Meskipun pihak polis enggan memberitahu  identiti suspek, namun media melaporkan suspek adalah kakak kandung kepada mangsa yang tinggal dirumah tersebut bersama suami dan tiga orang anaknya.
Ayah kepada Dominic sempat memberitahu kepada polis bahawa anaknya mengatakan mahu pergi bekerja di sebuah kapal persiaran pada tahun 2000 sebelum hilang tak kembali.
Sumber:  Msn News

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews