Wednesday, December 31, 2014

Gambar GADIS BERTUDUNG SELAK BUAH D4D4 DI RESTORAN MAKANAN SEGERA

Tangisan Seorang Ibu Semasa kutip daging anak

Kajang: Suasana hiba menyelubungi lokasi nahas jalan raya apabila seorang ibu dilihat tunduk menangis sambil mengutip cebisan daging dan otak anak lelakinya yang maut.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, wanita malang itu mengambil masa lebih 10 minit untuk mengumpulkan cebisan mayat anaknya yang hancur digilis lori tanah di Batu 12 1/2, Jalan Hulu Langat di sini.
Kemalangan berhampiran Taman Sri Nanding itu meragut nyawa anaknya, Muhammad Khairul Ashraf Kamarulzaman, 15, dan seorang lagi remaja, Muhammad Fais Mohamad Daud, 16.
Kedua-dua mangsa itu dikatakan dalam perjalanan menunggang motosikal untuk mengecat masjid di Sungai Besi.
Mangsa mengambil upah mengecat masjid itu bagi mencari duit poket sempena musim cuti persekolahan.
WANITA mengutip cebisan daging dan otak mayat anaknya yang terbabit dalam kemalangan.
Sumber:http://www.hmetro.com.my/node/20599

GAMBAR ERRA FAZIRA BERBIKINI SEMASA PERTANDINGN RATU CANTIK TERSEBAR




Gambar Erra Fazira Pakai Bikini Semasa Mewakili Malaysia - Pertandingan akhir ratu cantik Miss Malaysia- World 1992 telah berlangsung pada 23 Ogos di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Pertandingan Tahun itu merupakan siri yang paling diingati ramai kerana seperti yang diketahui umum ialah ia telah dimenangi oleh pelakon cantik iaitu Erra Fazirah yang kini merupakan seorang pelakon terkenal. Ketika itu nama Erra belum dicipta dan beliau masih menggunakan nama asalnya Fazira.





Pertandingan Akhir tersebut disertai oleh 14 orang gadis, iaitu:


1. Priscilla Ku (24 tahun, berasal dari Melaka)
2. Cecelia Leong (21, Wilayah persekutuan)
3. Lam Woon Nee (20, Perak)
4. Cynthia Ong (18, Pulau Pinang)
5. May Yeoh (19, Selangor)
6. Jojo Tan ( 19, Johor)
7. Chew Sing Yee (21, Pulau Pinang)
8. Fazira Wan Chek (18, Wilayah Persekutuan)
9. Liew Soo Fon (18, Sarawak)
10. Wennie Chia (23, Selangor)
11. Tina Chia (25, Sabah)
12.Catherine Gripes (19,Sarawak)
13. Cecelia Lim (25, Johor)
14. Melissa Chow (25, Melaka)


Sebelum pertandingan akhir itu bermula, media cetak telah memberikan publisiti yang lebih kepada Fazira kerana statusnya sebagai "peserta Melayu Tunggal". Akhbar tabloid Panca (Mingguan Malaysia) menggambarkan Fazira sebagai seorang yang mempunyai perawakan dan personaliti yang menarik senyuman yang "mengancam", wajah yang anggun menawan dan jelingan mata yang menggoda., Fazirah yang ketika itu masih berusia remaja dilaporkan sedang menuntut dalam bidang komputer di Cyma College, Petaling Jaya, dan beliau juga pernah muncul sebagai model iklan televisyen untuk bedak berjenama Zaiton.





Kemenangan Fazira dalam pertandingan Miss Malaysia- World 1992 itu telah melayakkannya menerima hadiah wang tunai sebanyak $6,000 beserta trofi dan lain-lain barangan berharga. Selain itu Fazira turut memenangi gelaran Miss Polignac Physique dan Miss Fuji Photogenic yang menyediakan hadiah wang tunai $1,000. Dengan Kemenangan itu juga Fazira terpilih untuk mewakil Malaysia dalam pertandingan Miss World 1992 yang diadakan di Afrika Selatan pada Disember tahun itu.


Pemenang lain dalam pertandingan akhir Miss Malaysia- World 1992 iaitu Jojo Tan yang mendapat tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai $3,000 dan Cecelia Lim Mei Ping yang mendapat tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai $2,000. Kedua-dua mereka yang berasal dari Johor turut menerima trofi dan lain-lain barangan berharga.



VIDEO PANAS FAZURA KINI TERSEBAR MELALUI EMAIL

Gambar hiasan

Menurut laporan Harian Metro hari ini, Nur Fazura menafikan dirinya sebagai pelaku dalam sebuah video lucah yang disebarkan pihak tertentu menerusi e-mail sejak minggu lalu.

“Saya tidak pernah terbabit dengan mana mana video lucah. Saya telah dapatkan nasihat undang undang dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan,” ujarnya yang telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Video berdurasi seminit itu dihantar oleh seorang individu tidak dikenali kepada wartawan Harian Metro pada 23 Disember lalu dan ianya memaparkan aksi wanita yang wajahnya dikatakan mirip Fazura bersama seorang lelaki. (rtky/m)

QZ8501: iNFO TERKINI,PENEMUAN LEBIH 40 MAYAT DITEMUI DI LOKASI DALAM KEADAAN TRAGIK DAN TIDAK BERPAKAIAN.

Laporan media Indonesia menyatakan lebih 40 mayat telah ditemui di kawasan serpihan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dan kesemuanya akan dibawa balik ke Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah.

Mayat-mayat berkenaan telah dibawa naik ke atas Kapal Tentera Laut Republik Indonesia KRI Bung Tomo.

Menurutkenyataan dari Kepala Dinas Penerangan (Kadispen) TNI AL Laksma Manahan Simorangkir, “Ada lebih dari 40 jenazah.”

Daripada pemerhatian, diyakini semua 162 orang penumpang termasuk tujuh anak kapal terkorban dalam nahas berkenaan selepas tiga hari pesawat yang dinaiki mereka hilang sejak Ahad lepas.

Reaksi keluarga juga begitu menyayat hati khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya apabila mengetahui bahawa serpihan yang ditemui di permukaan laut disahkan pesawat berkenaan yang sudah terhempas.

Pesawat QZ8501 itu hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura sebelum dikatakan menghadapi cuaca buruk dan hilang serta terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Indonesia pada pukul 7.24 pagi Ahad lepas. - MYNEWSHUB.CC

BAYI LAHIR Mempunyai 4 TANGAN DAN 4 KAKI DIPUJA kerana dianggap JELMAAN DEWA

\

Kelahiran bayi yang tidak normal atau mempunyai kelebihan anggota badan sering kali terjadi didunia ini. Ada banyak ibu yang telah melahirkan bayi dengan keadaan yang tidak normal.

Salah satunya adalah bayi yang dilahirkan di India Timur ini yang mempunyai anggota badan yang lebih iaitu lapan anggota badan.

Bayi aneh ini mempunyai empat tangan dan juga empat kaki, di mana dua tangan dan dua kakinya berada dibahagian perut bayi tersebut.

Pada awalnya, kelahiran bayi pelik ini dianggap sangat aneh dan bahkan membuat penduduk tempatan menjadi heboh. Namun, setelah dilihat lebih dekat lagi dan diperhatikan lebih teliti lagi ternyata bayi tersebut sangat mirip dengan Dewa Hindu.

Penduduk tempatan disana kemudian terus mempercayai bahawa bayi tersebut merupakan penjelmaan Dewa Hindu.

Bayi lelaki tersebut dipercayai sebagai penjelmaan Dewa dan dianggap sangat suci oleh penduduk India Timur.

Adik-beradik yang membantu ibu melahirkan bayi tersebut mengatakan bahawa bayi tersebut merupakan bayi yang sangat aneh. Namun, ia kemudian berubah fikiran dan menganggap bahawa bayi tersebut merupakan tanda kebesaran Tuhan.

Perkara ini membuat banyak penduduk ingin melihatnya dengan jelas dan lebih dekat. Sehingga ramai anggota polis yang ditugaskan untuk mengawal keadaan di sekitar rumah bayi yang lahir ini.

Sumber: http://mygossipdot.blogspot.com/

Harga Terkini RON95, RON97 & Diesel Turun Tengah Malam Ini

Berita terkini harga RON95, RON97 dan Diesel turun tengah malam ini bersamaan 1 Januari 2015. Menerusi kenyataan rasmi KPDNKK pada 31 Disember 2014, harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, manakala RON97 adalah RM2.11 seliter dan Diesel RM1.93 seliter berkuatkuasa mulai 12.01 pagi 1 Januari 2015. Seperti sedia maklum, harga pasaran bahan api tersebut kini diselaraskan berdasarkan harga pasaran minyak dunia.
Kenyataan Rasmi Timbalan Menteri Kewangan Malaysia
menteri
Harga Terkini RON95, RON97 & Diesel Mulai 1.1.2015
  • RON95: RM1.91 Sen Seliter
  • RON97: RM2.11 Sen Seliter
  • Diesel: RM1.93 Sen Seliter


Sumber: melvister.com 

Syarat Kelayakan Pinjaman Perumahan Mulai 1 Januari 2015

Syarat kadar kelayakan baru pinjaman perumahan kakitangan awam mulai 1 Januari 2015. Seperti yang dibentangkan dalam bajet 2015, kadar kelayakan baharu minimum bagi pinjaman perumahan kini dinaikkan daripada RM80,000 kepada RM120,000 manakala pinjaman maksimum daripada RM450,000 kepada RM600,000. Kadar kenaikan pinjaman perumahan itu adalah relaven dengan kenaikan harga rumah pada masa kini. Bagaimanapun, kadar pinjaman perumahan adalah bergantung kepada tangga gaji pemohon. Selain itu, yuran pemprosesan pinjaman perumahan sebanyak RM100 turut dimansuhkan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015.
Syarat Kelayakan Pinjaman Perumahan Mulai 1 Januari 2015
baru-2


Sumber: melvister.com 

Tuesday, December 30, 2014

Tersalah Tertembak Adik Ketika Memburu Di Hutan

Seorang pengawal keselamatan bertindak membunuh diri selepas tersilap melepaskan tembakan menggunakan senjata bekakuk sehingga adiknya yang berusia 22 tahun terbunuh, manakala rakannya, 33, cedera ketika memburu babi di hutan Ulu Meligan,Sepitang di sini, semalam.
Dalam kejadian 12 tengah hari itu, pengawal keselamatan terbabit dipercayai membunuh diri selepas menyesali tindakannya yang menyebabkan adik lelakinya terbunuh dan rakan lelakinya cedera.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sipitang Asisten Superintenden Mohamad Zulkiflee Mohd Yaacob berkata, mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sipitang.
"Siasatan awal mendapati mereka memburu babi di hutan berkenaan dan berpecah kepada dua kumpulan dengan pengawal keselamatan itu bergerak bersendirian manakala adik dan rakannya bergerak di laluan lain.
"Mereka berhenti rehat untuk makan sebelum terkena tembakan dilepaskan pengawal keselamatan itu yang kemudian turut ditemui mati dengan satu kesan tembakan di dada,” katanya.
Sumber :http://www.hmetro.com.my/

QZ8501: Empat lagi mayat Telah Ditemui


Jakarta: Empat lagi mayat mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui pagi ini termasuk seorang pramugari.
Mayat pertama iaitu lelaki ditemui 6.06 pagi, mayat kedua satu mayat wanita berpakaian seragam pramuga ditemui 6.45 pagi dan mayat ketiga seorang lelaki ditemui 6.56 pagi.

Sementara itu, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, anggota kapal KD Lekir menemui satu mayat pada 9.20 pagi ini di sektor satu.

Mayat itu sudah diambil dan akan diserah kepada kapal Tentera Laut Indonesia KRI BANDA ACEH, katanya menerusi Twitter.

Setakat ini tujuh mayat sudah ditemui namun identiti mereka belum dikenal pasti.
Usaha SAR masih dijalankan namun sedikit terganggu akibat keadaan cuaca yang kurang baik.

Pangkalan Bun Tentera Nasional Indonesia dijadikan lokasi pengumpulan mayat sebelum diterbangkan ke Surabaya.



ANGGOTA polis Indonesia mengumpul maklumat penumpang daripada waris bagi menolong mengenal pasti mangsa di Lapangan Terbang Juanda di Surabaya. FOTO EPA


Sumber :http://www.hmetro.com.my/node/20427

Akibat Takut Didenda Cikgu,Kanak-Kanak Ini Meninggal Dunia Selepas Terjun Dari Tingkat 30


Berdasarkan rakaman CCTV, seorang kanak-kanak di Chengdu, China bernama Junjun pulang ke pangsapuri rumahnya seperti biasa pada petang, 30 Oktober lalu. Dia dilihat berjalan perlahan-lahan menuju elevator dengan menundukkan kepala dan memakai beg sandang belakang.

Bagaimanapun kanak-kanak itu tidak menekan butang lima di mana rumahnya berada sebaliknya menunggu hingga tingkat 30 sebelum keluar.

20 minit kemudian, penghuni pangsapuri tersebut mendengar bunyi dentuman kuat seperti kemalangan kereta.

Ia adalah Junjun, yang terjun dari tingkat 30 lalu mati serta merta.
Di lantai tingkat di mana Junjun nekad mengakhiri riwayatnya, terkapar beg sandang belakang yang dibawa kanak-kanak itu ke sekolah setiap hari.

Sebuah buku teks bagaimanapun kelihatan terbuka di sisi beg tersebut dengan tertulis nota untuk cikgunya.
Rupa-rupanya, sebuah hukuman biasa yang diberikan seorang guru di sekolah benar-benar mempengaruhi emosi Junjun hingga dia tergamak mengambil jalan sesingkat itu.

Menurut gurunya ketika sesi persekolahan hari tersebut, Junjun dan lebih sepuluh murid lain telah membuat bising ketika satu pertandingan membaca diadakan.

Sebagai hukuman, murid-murid itu dberikan dua denda untuk dipilih iaitu berdiri selama sejam atau menulis sebanyak 1,000 patah perkataan yang mengutuk diri sendiri.

Junjun memilih hukuman kedua namun menangis sebelum pulang dan bertanya bagaimana jika dia tidak mampu menyiapkannya.

Siapa sangka, persoalan itu terlalu membebani fikirannya hingga dia menulis di nota akhir sebelum terjun, “Cikgu, saya tak dapat buat.”-mynewshub

SUMBER: http://www.kakihingaq.com/

Lawak Scammer Tidak Menjadi, Cubaan Penipu Menjual iPHONE 6 Dengan Harga RM700

Lihat Apa Yang Terjadi !!!



















Info Menarik : Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Rahim Isteri


Kadang-kadang timbul kekeliruan tentang hukum hakam yang berkaitan dengan hubungan suami isteri yang menggangu proses kebahagian mereka. Disi kami ingin berkongsi secara lebih jelas tentang hukum mengeluarkan air mani diluar rahim isteri. Semoga bermanfaat kepada semua. Berikut adalah soalan kepada ustaz......

Soalan:::

Assalamualaikum Ustaz.....

Saya mempunyai kemusykilan. Saya harap dapat kiranya Ustaz membantu saya....

Apakah Hukumnya mengeluarkan air mani di luar faraj isteri sewaktu bersetubuh.?
Saya harap dapat kiranya Ustaz  memberi pandangan. Apakah hukumnya, alasan serta dalil2nya. Sekian Terima kasih, hanya Allah-lah sahaja yang membalas segala kebaikan Ustaz. amin....

Jawapan:

Wa'alaikumussalam,,,,

Mengeluarkan air mani diluar faraj isteri adalah harus jika berlaku dengan izin isteri. Secara umumnya air mani itu adalah hak isteri (ditumpahkan ke faraj) dan dikeluarkan melalui usaha yang halal (nikah / jimak dengan isteri)....

Daripada Jabir r.a beliau berkata : Kami pernah melakukan Al-‘Azal (mengeluarkan mani diluar faraj) di zaman Rasulullah s.a.w dan perkara itu sampai ke pengetahuan baginda s.a.w , tetapi Baginda s.a.w tidak pula menegah kami daripada melakukan perkara tersebut “ ~ ( Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim – Kitab An-Nikah – 2610 )

Dalam kaedah fiqh, apabila tiada larangan jelas dari Al-Quran dan as-sunnah menandakan keharusan tetapi hukum harus terbatas pula kepada adab dan etika suami isteri.
Kemasukan air mani memberi nikmat kepada isteri dan menghilangkan nikmat ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati berlaku.Jika isteri redha dan mengizinkan maka tidak mengapa....

Wallahualam.,, (Jawapan oleh: Ustaz Emran bin Ahmad )


Sumber: http://www.kakihingaq.com/

Akibat Mmemakai Seluar Terlalu Ketat(Skinny) Khas Untuk Wanita Sahaja

Tidak dinafikan, ramai orang sukakan gaya mengikut fesyen terkini dan digilai ramai, lebih-lebih lagi golongan remaja. Mereka sering menukar penampilan mengikut peredaran zaman. Remaja lelaki khususnya gemar memakai seluar ‘skinny’ dan mengikut fesyen yang digemari wanita itu.

Apa yang paling menarik ialah seluar ‘skinny’ itu terbukti menjadi kegilaan ramai selain meraih populariti dalam kalangan remaja Malaysia. Pemakaian seluar jenis ini sebenarnya bertujuan untuk kelihatan lebih bergaya, namun terdapat remaja memakainya untuk kelihatan lebih kurus daripada saiz badan sebenar. Kebiasaannya seluar dipakai itu ketat kononnya untuk kaki tampak kecil dan elok dipandang.

Ramai remaja menghadapi pelbagai kesukaran apabila menyarungkan seluar yang terlampau ketat itu. Ada yang sampai melompat-lompat kerana saiz pinggang terlalu kecil. Walaupun begitu, ada saja yang taksub sehingga tidak memikirkan kesan buruk.

Hakikatnya, pakaian diciptakan bukan untuk memberikan bentuk atau saiz badan yang kita tidak miliki dan di situlah remaja menghadapi masalah. Banyak masalah kesihatan timbul akibat daripada pemakaian seluar yang terlalu ketat itu.

Masalah kesihatan

Berdasarkan kajian daripada pakar bedah vaskular Dr Nicholas Morissey, pemakaian seluar ‘skinny’ yang ketat boleh menjadikan kaki anda rasa kebas pada paha atau lebih dikenali sebagai ‘meralgia paresthetica’.

Menurut Morissey, terdapat saraf deria datang daripada pelvis yang bertindak memberikan sensasi ke bahagian paha anda.

Remaja yang memakai seluar ‘skinny’ yang ketat bagaimanapun merasa kebas akibat daripada pengecilan saraf pada paha itu. Ketika duduk, paha akan mengalami tekanan tinggi dan apabila berdiri, anda tidak akan dapat rasakan pergerakan kaki. Menurut Morissey, keadaan ini tidak berbahaya namun apabila ia kerap berulang, maka ia boleh menyebabkan keadaan kaki kejang itu berkekalan.

Pakar neurologi, Dr John Michael Li pula berkata, remaja yang menderita sindrom seluar ketat biasanya akan rasa tidak selesa pada abdominal, pedih ulu hati dan masalah sendawa apabila memakai seluar ketat itu.

Kebiasaannya seluar yang dipakai bersaiz tiga inci yang terlalu kecil untuk saiz pinggang seseorang remaja.

Penasihat perubatan, Dr Orly Avitzur pula memberitahu bahawa makanan tidak akan hadam apabila terdapat tekanan pada bahagian abdomen. Pemakaian seluar ketat ini boleh membawa kepada masalah lebih serius seperti makanan tidak boleh dihadamkan dengan betul dalam kalangan remaja yang menghadapi masalah pedih ulu hati. Seluar yang terlalu ketat memburukkan lagi keadaan itu.

Lelaki terutamanya perlu berhati-hati dan mengambil berat dalam aspek pemakaian. Jika mereka tetap memilih seluar ketat sebagai pelengkap fesyen, risikonya amat tinggi. Misalnya, remaja lelaki akan hadapi masalah kilasan testis di mana satu testis akan berpintal dengan sendirinya. Jika tidak dirawat, pintalan itu akan memotong peredaran darah dan seterusnya testis akan mati.

Selain itu, remaja lelaki juga akan mengalami lemah kawalan kencing dan jangkitan saluran kencing. Lebih buruk lagi apabila bilangan sperma menurun dan kulat akan mudah merebak pada bahagian kelamin akibat daripada pemakaian seluar yang ketat ini.

Apa kata mereka


Yasmin Moktar, 21, pelajar kolej swasta berkata, pemakaian seluar ‘skinny’ ini tampak moden dan bergaya selain kelihatan menarik.

“Apa yang saya dapat lihat ialah kebanyakan remaja sekarang menjadikan seluar ketat sebagai pilihan utama dalam pemakaian. Namun seluar yang dianggap fesyen terkini itu ada yang terlalu ketat sehinggakan boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan.

“Nak sarungkan seluar itu saja begitu sukar sehinggakan ada yang perlu menarik seluar ke bahagian pusat berkali-kali kerana terlampau ketat dan lebih kecil daripada saiz pinggang sebenar. Bagi perempuan, mereka lebih suka menggayakan seluar ketat bersama kasut tumit tinggi.

“Tidakkah keterlaluan dalam aspek berpakaian sehingga sanggup menyakiti diri sendiri. Inikan pula seluar begitu ketat yang boleh menyakiti bahagian sendi dan otot di bahagian peha. Kalau nak diikutkan memanglah sendi rasa sakit dan kebas sebab seluar itu terlalu ketat dan menghalang udara masuk selain memberikan tekanan yang tinggi pada bahagian peha.” katanya.

Menurutnya, fesyen seluar ketat itu tidak terhad kepada remaja perempuan saja, tapi juga pada golongan lelaki.

Katanya, lelaki yang memakai seluar ‘skinny’ yang ketat ini agak keterlaluan dan boleh menunjukkan ciri feminin yang tidak bagus untuk imej mereka.

Bagi Ridzuan Azmi, 21, pelajar universiti swasta berpendapat, fesyen seluar ‘skinny’ dalam kalangan lelaki ini tidaklah memudaratkan jika saiz yang dipilih itu bertepatan dengan bentuk pinggang.

“Ada juga situasi di mana saya melihat remaja lelaki yang memakai seluar ‘skinny’ ketat untuk kelihatan kurus, walhal saiz badan tidak bersesuaian dengan fesyen itu. Bukan saja pelik tapi saya juga percaya pemakainya pasti mengalami kesakitan yang luar biasa terutama pada bahagian paha.

“Lihat saja remaja lelaki yang memakai seluar ‘skinny’ ketat kadangkala tidak menunjukkan gaya lelaki yang maskulin. Sudahlah ketat dan susah untuk sarung, pemakainya pun pasti mengalami masalah sendi dengan kerap.

“Saya pernah dengar ada remaja lelaki yang mengalami masalah di bahagian kelamin akibat daripada pemakaian seluar ketat ini. Mana tidaknya, seluar yang terlampau ketat boleh hadkan saluran udara dan menyakitkan alat sulit mereka,” katanya.

Menurutnya, remaja lelaki perlu memilih seluar ‘skinny’ yang lebih longgar dan tidak terlalu ketat sehingga boleh membahayakan diri sendiri.

Cara mengatasi

Yang paling penting, remaja perlu menitikberatkan kesihatan terlebih dulu sebelum memilih pakaian yang digemari. Tanpa motivasi dan pengetahuan umum berkenaan masalah kesihatan yang mungkin berlaku, ramai remaja membeli pakaian secara membuta tuli.

Bagi mereka yang gemarkan seluar ‘skinny’ memanglah tidak salah memakainya, namun perlu juga buat pemilihan yang betul. Bagi mereka yang mempunyai saiz badan besar adalah dinasihatkan memakai seluar bersesuaian dengan saiz mereka. Kalau tidak ada saja masalah kesihatan timbul sekiranya dibiarkan secara berterusan.

Remaja lelaki khususnya perlu mengenakan seluar ‘skinny’ yang longgar dan tidak ketat untuk melancarkan saluran udara dalam seluar bagi mengelakkan jangkitan kuman dan sakit pada bahagian alat sulit.

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews