Saturday, December 31, 2011

Happy New Year 2012 TO Everybody


Sempena Tahun Baru ini, saya dari Gempaknya ingin mengucapkan Happy New Year 2012 kepada semua orang terutama kepada keluarga, rakan-rakan dan para blogger sekalian..

Setiap orang pasti mempunyai azam dan harapan baru pada tahun 2012 ini. Oleh itu, saya berazam supaya blog saya ini mendapat sambutan dari para blogger sekalian.

Pada pagi semalam tepat-tepat jam 12am, suasana tahun baru dimeriahkan dengan letupan bunga api selama setenag jam. Wah, seronoknya tengok walaupan ianya bising tapi apa salahnya kan.. Tahun baru dapat dimeriahkan dengan kehadiran bunga api ini.





Kembar Berada Di Dalam Otak Seorang Bayi

 
DUNIA perubatan kembali dikejutkan dengan peristiwa aneh. Doktor di Colorado, Amerika Syarikat, baru sahaja selesai menjalankan pembedahan mengeluarkan kaki kecil dari otak seorang bayi berusia tiga hari.

Pakar bedah otak pediatrik Dr Paul Grabb terkejut bukan kepalang. Ketika membedah kepala dan otak Sam Esquibel, dia menemukan sepotong kaki yang hampir terbentuk dengan sempurna, lengkap dengan lima jari dan kaki keduanya yang hampir terbentuk. Tidak hanya sekadar kaki, pakar bedah otak itu juga menjumpai beberapa bahagian tubuh lain seperti sepotong tangan dan paha.

"Seperti melahirkan bayi tapi dari otak," kata Grabb. Sebenarnya tujuan pembedahan itu dilakukan ialah untuk mengeluarkan tumor yang ada di otak bayi tersebut. Berdasarkan hasil scan otak yang dijalankan, keputusan jelas menunjukkan ada tumor dalam otak Sam. Namun secara fizik, tubuh bayi pasangan Tiffnie dan Manuel Esquibel ini kelihatan sihat sepertimana tubuh bayi yang lain.

"Menjumpai struktur organ yang hampir terbentuk seperti ini merupakan hal yang unik, luar biasa, dan tidak pernah terdengar di mana-mana pun," kata doktor pakar tersebut. Namun mungkin juga ‘kaki’ di otak Sam itu benar-benar satu bentuk tumor otak bawaan.

Tumor menurut Grabb, boleh terjadi akibat kes fetus in fetu di mana janin kembar tumbuh di dalam janin lainnya. Namun begitu dia tidak pernah mendengar ada kes seperti ini yang terjadi di otak. Sehinggakan dia terus teringat dengan mitos Yunani yang mana raja para dewa bernama Zeus melahirkan puterinya Athena dari dahinya

Kucing Bermata Satu Di Malaysia

Ini merupakan penemuan kucing bermata satu di Malaysia.


SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), Abu Hasan Lumat, 56, bersama rakannya yang sedang membersihkan stor TNB di Masjid Tanah, Melaka, pagi kelmarin menemui seekor anak kucing bermata satu dengan muka dan telinganya mirip kera yang dilahirkan seekor kucing liar di pekarangan stor itu. Bagaimanapun, hayat anak kucing itu hanya 24 jam saja selepas ia ditemui mati pagi semalam ketika Abu Hassan cuba memberikannya susu. Biarpun sedih dengan kejadian itu, beliau menganggap anak kucing itu memberikannya suatu pengajaran mengenai kehidupan.

Lihat gambar lain dibawah ini..

Friday, December 30, 2011

Buaya Tertelan Telefon Bimbit Mengalami Trauma

 
KIEV, Ukraine - Seekor buaya berusia 14 tahun, Gena enggan makan sebarang makanan selepas ia menelan satu telefon bimbit milik seorang wanita yang terjatuh ke dalam kurungan haiwan itu di sebuah akuarium di bandar Dnipropetrovsk.

Pada mulanya, para pekerja akuarium itu tidak percaya dakwaan wanita tersebut yang berumur 20-an bahawa telefon bimbitnya ditelan buaya tersebut.

"Namun, apabila telefon itu berbunyi dan bunyinya datang dari dalam perut buaya tersebut, kami mengetahui dia (ibu tersebut) tidak berbohong," kata seorang pekerja di akuarium berkenaan, Alexandra.

Wanita berkenaan terjatuh telefon itu semasa dia mahu merakamkan aksi buaya tersebut sedang membuka mulutnya.

Ekoran tertelan telefon itu, buaya tersebut tidak makan selama empat minggu dan kelihatan murung dan sakit.

Alexandra berkata, kelakuan buaya jantan tersebut berubah selepas ia menelan telefon itu kerana ia kini bergerak amat perlahan dan kurang berenang berbanding sebelum ini.

Ketua doktor haiwan, Oleksandr Shushlenko berkata, jika buaya berkenaan masih enggan memakan sebarang makanan, haiwan itu akan menjalani pemeriksaan sinar X. - AP

Gadis Jepun Mahir Menulis Menggunakan Vagina



Gadis Jepun ini sungguh mahir menggunakan vaginanya untuk menulis...

Thursday, December 29, 2011

Perempuan Yang Bermain Air Berisiko Dimasuki Lintah Di Kemaluan

Pelajar perempuan di negeri ini (Kelantan) dinasihatkan supaya tidak ‘ghairah’ bermain dan mandi air banjir bagi mengelakkan berulangnya kes lintah memasuki alat sulit seperti yang dilaporkan tahun lalu. Pengarah Pelajaran Negeri Hussain Awang berkata, pada musim banjir tahun lalu, seramai 13 orang pelajar perempuan di negeri ini yang bermain dan mandi air banjir telah dimasuki lintah dalam alat sulit mangsa.

 
“Jadi saya ingin menasihatkan pelajar perempuan supaya tidak bermain banjir bagi mengelak kejadian serupa berulang kerana ia boleh mengancam nyawa mereka akibat pendarahan dalaman,” katanya.
Sumber: http://kosmo.com.my

Telur Berjambul Yang Pelik


Ada yang istimewa dengan telur ayam yang satu ini. Di bahagian hujung telur ini terdapat kulit yang menjulur seperti ekor ayam.

Telur yang dimiliki Saleh Lasing, penduduk Daerah Galang, Tolitoli itu kini menjadi perhatian penduduk sekeliling.

Sejak telur itu keluar dari ibu ayam kampung, penduduk sekitar tidak henti-henti menziarahi rumahnya untuk melihat secara langsung keanehan telur berwarna coklat keputihan tersebut. Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan foto kenangan bersama telur tersebut.

Saleh menceritakan, ketika hendak melaksanakan solat Maghrib, dia dikejutkan dengan suara ayam berkokok dalam bilik tidurnya.

Setelah diperhatikan, Saleh ternyata terkejut dan mendapati sudah ada seekor ayam di atas tempat tidurnya. Tidak lama kemudian Saleh melihat ayam tersebut mengeluarkan beberapa biji telur ayam. Namun salah satunya ternyata berbeza dibandingkan yang lain. Telur ayam itu mempunyai ekor di ujungnya.

Kerana dianggap unik, bapak kepada dua orang anak ini menyimpan telur tersebut dalam bekas untuk dijadikan pameran dalam rumahnya. Saleh tidak berniat untuk menjual telur ini meskipun banyak yang sudah menawarnya dengan harga yang tidak diberitahu

Kerana Muka Seperti Syaitan, Lelaki Ini Dilarang Keluar Rumah Waktu Malam

Seorang penduduk di Kampung Seasalter, Kent, Britain iaitu Gavin Paslow dilarang keluar rumah pada waktu malam oleh pihak berkuasa.

Kesalahan yang dilakukannya ialah dia menjalani pembedahan bagi membolehkan wajahnya kelihatan seperti syaitan dengan menggunakan wang bantuan sara hidup dan perumahan berjumlah £3,552 (RM20,861).

Paslow yang berumur 39 tahun dikenakan perintah berkurung dari pukul 5 petang hingga 5 pagi di rumahnya dan dia perlu memakai teg elektrik supaya pihak berkuasa boleh mengesan pergerakannya.

Dia menjalani pembedahan supaya dua tanduk terdapat di dahinya manakala lidahnya kelihatan seperti bercabang dua.
Paslow mengaku di sebuah mahkamah majistret melakukan tujuh kesalahan penipuan sara hidup bagi membiayai pembedahan itu.

"Ia merupakan kesilapan bodoh. Saya meminta maaf. Saya berasa amat kesal," katanya yang merupakan duda dua anak.

Wednesday, December 28, 2011

Mayat Yang Tidak Pernah Mereput



 



Saint John Vianney,Usia mayat 149 tahun,meninggal tahun 1859


 




Saint Teresa Margaret,usiamayat 238 tahun.meninggal tahun 1770






 



Saint Vincent de Paul,usia mayat 348 tahun,meninggal tahun 1660






 



Saint Silvan Died circa 350






 
6. Saint VeronicaGiuliani,usia mayat 281 tahun,meninggal tahun 1727


 
Saint Zita,usia mayat 736tahun,meninggal tahun 1272






 
SaintJohn Bosco,Usia mayat 120 tahun,meninggal tahun 1888


 
BlessedPope Piux IX,Usia mayat 130 tahun,meninggal tahun 1878


 
Blessed Pope John XXIII,Usia mayat45 tahun,meninggal tahun 1963


 
Saint Bernadetteof Lourdes, Usia Mayat 129 tahun,Meninggal tahun 1879

Tuesday, December 27, 2011

Lelaki Simpan Buaya Di Bilik Mandi



CREMONA - Seorang lelaki terpaksa ditahan kerana polis menemukan buaya langka yang tinggal di dalam bilik mandi lelaki itu.

Fabio Lazelli terpaksa dipenjara ketika polis menemukan buaya asal Cuba di apartmentnya yang terletak di Cremona, Itali.

"Polis meminta masuk ke dalam flat milik Fabio dan ketika mereka masuk, mereka menjumpai ada buaya yang berenang di tab mandi," ujar tetangga Fabio, seperti dikutip Orange, Khamis (10/11/2011).

Buaya Cuba berusia tiga tahun merupakan haiwan langka yang hampir punah di muka bumi ini. Haiwan itu pun dikhabarkan dapat membesar hingga mencapai 2,7 meter. Salah seorang ahli haiwan mengatakan buaya Cuba merupakan buaya paling pintar dan juga agresif.

Fabio pun akhirnya didenda GBP70.000 kerana menyeludupkan haiwan langka. Fabio diduga membawa buaya itu saat masih berupa telur dan membiakkannya di flatnya sendiri.

Petugas margastua saat ini berupaya untuk memindahkan reptil itu ke sebuah taman konservasi di Roma, Itali.

"Fabio mungkin beruntung kerana kami sudah menangkapnya. Haiwan ini merupakan haiwan paling agresif dan pintar serta lincah. Saat buaya itu tumbuh dewasa, buaya itu akan menjadi haiwan yang berbahaya," ujar petugas marga stua.(rhs)

sumber : http://international.okezone.com

Koleksi Gambar Haiwan Buat Hi-5










Mahu Usir Syaitan,Gadis Terkorban


Seorang lelaki dan seorang pendeta telah ditahan kerana menyebabkan kematian seorang gadis berumur 13 tahun bernama Tomomi Maishigi. Tomomi merupakan anak perempuan kandung Atsushi Maishigi, 50 tahun.
MANGSA

Pendeta tersebut dikenali sebagai Kazuaki Kinoshita, 56 tahun dan pembantunya yang bernama Atsushi. Mereka berdua menyebut ritual tersebut digelar "Layanan Air Terjun". Sebelum melakukan ritual itu, mereka telah mengikat gadis tersebut di sebuah kerusi. Tujuannya untuk mengusir syaitan di tubuh Tomomi. Atsushi dan Kazuaki menolak menyatakan mereka bersalah atas kematian gadis itu.

"Aksi kami bertujuan untuk mengusir syaitan dari anak itu dan kami tidak menyeksa fizikal mangsa," kata Atsuhi kepada peguam.

Perbuatan dua orang lelaki ini terjadi di Kuil Nagasu pada 27 September sekitar pukul 21.10 waktu tempatan. Ayah Tomomi menuang air dari ketinggian 2.5 meter dan menyebut ritual ini "Pensucian oleh Air." Tapi bukannya merasa suci, Tomomi terus tidak sedarkan diri.Ibu Tomomi kemudian memanggil ambulans ketika mengetahui anaknya tidak sedarkan diri. Tapi ternyata sudah terlambat. Tomomi meninggal dunia keesokan harinya pada pukul 3.40 pagi. "Penyebab kematiannya adalah sesak nafas," kata pihak polis.

Kedua orang tua membawa Tomomi ke kuil kerana perubatan moden tidak mampu mengubatnya setelah berkali mencuba. Tomomi yang menderita penyakit mental dan fizikal dalam beberapa tahun terakhir ternyata tidak boleh sembuh apabila dibawa untuk rawatan doktor.

Walaupun sami di kuil menyatakan jiwa Tomomi sudah dikuasai syaitan, Kazuaki pula mengatakan Tomomi boleh sembuh jika jiwanya dibersihkan dengan air terjun itu. Tomomi sudah menjalani program "Pelayanan Air Terjun" sekitar 100 kali sebelum meninggal dunia. Ternyata pendeta juga banyak menipu dalam bicaranya.

Buaya Afrika Gergasi



Wah.Besarnya buaya ini?

Sumber: http://gilerkentang.com

Greyson Chance Saingan Justin Bieber?

Sekadar ingin membuktikan kehebatan bermain piano sambil menyanyi kepada kawan-kawannya pada tahun 2009, Greyson Michael Chance, 14, tidak sesekali menyangka videonya sewaktu membuat persembahan di sekolah ditonton lebih 300,000 orang di laman YouTube selepas dua hari dimuat naik.




Tambah mendebarkan selepas seminggu videonya yang menyanyikan lagu Paparazzi (nyanyian asal Lady Gaga) memperoleh lebih 2 juta tontonan dan kini videonya itu mendapat hit sebanyak 44 juta dan angkanya kian bertambah.

“Saya tidak suka melihat diri sendiri menyanyi, sampailah saya terkejut dan tidak menyangka video yang saya muat naik di YouTube ditonton sebegitu ramai,” katanya ketika pertemuan kali pertama di hotel JW Marriot, Kuala Lumpur baru-baru ini.

hi 03.2 FENOMENA TERKINI GREYSON CHANCE

Kehadirannya ke Malaysia selama seminggu dari 11 hingga 17 November ini untuk mempromosikan album terbaharunya berjudul Hold On ‘Till The Night telah direalisasikan oleh Tunetalk Mobile Prepaid dan Universal Music Malaysia.

Maka, kesempatan bersua dengan bintang sensasi YouTube ini sedikit sebanyak membuka peluang mencari sisi lain dalam diri remaja kelahiran Oklahoma, Amerika Syarikat itu.
Bagi figura yang terpaksa berdepan dengan dua prioriti iaitu belajar dan berkarier, pasti ada perancangan tersendiri untuk memastikan kedua-duanya berjalan sealiran.

greyson%2B%25281%2529 FENOMENA TERKINI GREYSON CHANCE

“Saya suka matematik dan mengembara, dalam pada saya sibuk dengan promosi album dan sebagainya saya terpaksa mempunyai tutor peribadi dan sekolah dalam talian.

“Mujurlah ibu atau bapa saya sentiasa menemani saya ke mana saja demi memastikan saya tidak ketinggalan dalam pelajaran,” bicara anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Dia tidak mudah melatah apabila ada ketikanya dia disamakan dengan Justin Bieber memandangkan popularitinya turut dirangsang atas faktor YouTube.

“Saya dan Bieber kawan rapat, kami ada aliran muzik yang berbeza malah suaranya juga tidak kurang hebatnya,” tegasnya yang menghasilkan album mengambil inspirasi daripada grup Paramore

Sumber: http://enciknakal.com/

Roti Berbentuk Kemaluan Lelaki

Terdapat pelbagai bentuk roti di dunia ini. Namun,ada yang merekanya berbentuk seperti kemaluan lelaki. Jom kita lihat sama-sama
roti aneh unikboss 1 Roti Berbentuk Pelik

roti aneh unikboss 3 Roti Berbentuk Pelik
roti aneh unikboss 4 Roti Berbentuk Pelik
roti aneh unikboss 5 Roti Berbentuk Pelik
roti aneh unikboss 6 Roti Berbentuk Pelik
roti aneh unikboss 2 Roti Berbentuk Pelik
roti aneh unikboss 7 Roti Berbentuk Pelik

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews